iOS 11.4.1: Panduan dan Tips Penjimatan Bateri Untuk Pengguna iPhone dan iPad

By Syida Mazlan In Blog, Tips No comments

iOS 11.4.1: Panduan dan Tips Penjimatan Bateri Untuk Pengguna iPhone dan iPad

 

• Sistem Operasi iOS 11.4.1 membuatkan bateri anda cepat habis/drain?
• Baru guna 3 jam selepas cas, tapi bateri iPhone/iPad sudah berkurangan sebanyak 40 %.

Nasib baik, Bateri iOS 11.4.1 tidak menimbulkan banyak isu bagi kebanyakkan pengguna. Di dalam ulasan saya sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa prestasi bateri saya untuk iOS 11.4.1 kali ini, serupa dengan prestasi bateri yang saya alami ketika menggunakan ios 10.3.3.
Sudah tentu apa yang saya nyatakan serta alami tidak sama dengan semua pengguna iPhone atau iPad. Ini kerana prestasi bateri perlu mengambil kira faktor aplikasi yang anda ‘install’ pada iPhone atau iPad anda, termasuk juga jenis model yang anda gunakan.
Jangan khuatir. Dengan mengubah ciri-ciri tertentu pada TETAPAN (SETTINGS), anda boleh mendapatkan semula peratusan hayat bateri yang hilang.

 

Mematikan Fungsi Muat Semula Aplikasi Latar Belakang (Background App Refresh).

Merupakan salah satu helah yang berkesan! Navigasi ke Tetapan> Umum >Muat Semula Aplikasi Latar Belakang dan matikan semua ciri atau pilih aplikasi yang anda tidak mahu ianya muat semula secara automatik.

 

Background App Refresh

 

Mematikan Fungsi Wi-Fi atau Bluetooth

Menghidupkan sensor wayarles adalah salah satu faktor terbesar yang menghabiskan kuasa bateri iPhone atau iPad anda. Pastikan anda mematikan fungsi WiFi atau Bluetooth dari aplikasi Tetapan. Ini kerana, pusat kawalan (control centre) hanya memutuskan sambungan dari titik akses sahaja, bukannya mematikan sensor yang terbina didalam itu sendiri.

 

Motion and Fitness

 

Menyahaktifkan atau menghadkan Fungsi Servis Lokasi (Location Services).

Terdapat Aplikasi dan Permainan yang menggunakan lokasi anda di latar belakang iPhone/iPad anda. Navigasi ke Tetapan> Privasi > Servis Lokasi dan mematikan pilihan yang diperlukan. Tetapi, ada satu perkara yang anda perlu ambil tahu iaitu, terdapat aplikasi yang memerlukan fungsi servis lokasi untuk memastikan ianya berfungsi sepenuhnya seperti aplikasi Uber dan Swarm.

 

Location Services

 

Mematikan Fungsi Gerakan dan Kecergasan (Motion & Fitness).

Jika anda bukan individu yang mementingkan penjagaan kecergasan, adalah terbaik jika anda mematikan terus fungsi ini. Pergi ke Tetapan > Privasi > Gerakan dan Kecergasan.

 

Motion and Fitness

 

Menggunakan 3G atau 2G, bukannya LTE.

Rangkaian 4G LTE adalah satu capaian rangkaian yang laju. Akan tetapi, ia boleh memudaratkan jangka hayat bateri anda dalam sekelip mata. Maka, jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan menggunakan rangkaian 3G atau 2G. Pergi ke Aplikasi Tetapan > Selular > Pilihan Data Selular > Suara dan Data. Kemudian, anda boleh memilih sama ada 3G atau 2G.

 

Voice and Data

 

Mematikan Notifikasi Yang Tidak Diperlukan.

Notifikasi tidak penting yang sentiasa masuk akan menggunakan banyak bateri. Anda hanya perlu pergi ke Tetapan > Notifikasi > dan mematikan semua notifikasi atau tutup notifikasi untuk aplikasi yang tidak penting sahaja.

 

Notifications

 

Mematikan Fungsi “Hey Siri”

Anda merupakan salah seorang pengguna model terbaru iPhone atau iPad? Kebarangkalian tinggi yang anda ada menekan fungsi pengesanan “Hey Siri”dalam rasa keterujaan memiliki peranti baru. Fungsi ini hanya menggunakan sedikit peratusan bateri. Tetapi anda boleh menutup fungsi ini dengan pergi ke Tetapan > ‘Siri dan Search’ > dan tutup pilihan Dengar untuk “Hey Siri”.

 

“Hey Siri”

 

 

Mematikan Ciri Paparan Tona Sebenar (True Tone Display).

Ciri ini sememangnya tampak cantik dan menarik. Akan tetapi, ciri ini kuat menggunakan bateri untuk menyesuaikan tona paparan skrin berdasarkan persekitaran anda. Anda boleh menutup fungsi ini dengan pergi ke Tetapan > Paparan & Kecerahan dan kemudian tutup ciri ini. Perlu diingatkan yang ciri ini hanya dapat digunakan untuk beberapa peranti sahaja termasuk iPhone 8, iPhone 8 Plus, dan iPad Pro.

 

Menghidupkan Fungsi Kecerahan Automatik (Automatic Brightness) Pada Setiap Masa.

Bertentangan dengan kepercayaan popular, Kecerahan Automatik sebenarnya banyak menjimatkan bateri. Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda hanya perlu pergi ke Tetapan > Kebolehaksesan > Penyesuaian Paparan , kemudian tekan pilihan Kecerahan-Auto.

 

Auto – Brightness

 

Gunakan Pengurangan Gerakan (Reduce Motion) Untuk Menutup Sistem Animasi.

Jika terdapat imej bergerak di dalam paparan iPhone atau iPad anda, maksudnya iPhone/iPad ada menggunakan Unit Pemprosesan Grafik (GPU) untuk menggerakkannya. Dengan kata lain, anda turut mengorbankan sedikit sebanyak jangka hayat bateri peranti anda. Jadi untuk menutup Sistem Animasi sepenuhnya, pergi ke Tetapan > Umum > Kebolehaksesan > Pengurangan Gerakan,kemudian tekan butang buka.

 

Reduce Motion

 

Mematikan Sistem Haptik

Saya tahu apa sedang bermain di fikiran anda. Perasaan seronok dan epik pabila dapat merasai sensasi kinetik/pergerakan yang datang dari enjin taptik. Sudah semestinya fungsi ini memakan bateri apabila digunakan. Pergi ke Tetapan > Bunyi & Haptik, skrol ke bawah dan tutup pilihan sistem haptik.

 

System Haptics

 

 

Menyahaktifkan Fungsi Angkat Untuk Mendengar (Raise to Listen).

Tahukah anda, terdapat satu sensor di atas skrin iPhone anda yang berfungsi untuk mengesan sama ada peranti anda berada dekat dengan wajah anda? Ianya juga berfungsi untuk mendengar pesanan suara sama seperti anda menjawab panggilan. Matikan fungsi ini jika anda ingin jimatkan bateri. Anda boleh berbuat demikian dengan pergi ke Tetapan > Mesej dan tutup ciri “Angkat Untuk Mendengar”.

 

Raise To Listen

 

Mencuba Tetapan Semula(Hard Reset).

Adakalanya, tetapan semula boleh membetulkan masalah bateri peranti anda. Anda hanya perlu tekan ‘Home Button’ dan ‘Power Button’ serentak sehingga skrin bertukar gelap dan munculnya logo Apple. Jika anda pengguna iPhone 7 dan iPhone 8, kombinasi butang adalah ‘Power Button’ dan ‘Volume Down Button’.

Membersihkan Pemasangan Sistem Operasi iOS 11.4.1 Jika Semua Langkah Gagal.

Kemas kini secara wayarles membuktikan bahawa ianya punca masalah buat pengguna iPhone/iPad terutamanya melibatkan prestasi bateri. Jadi anda perlu melakukan ‘Back Up’ kesemuanya dan ‘Fresh Restore’ menggunakan iTunes.

 

Rujukan : https://wccftech.com/ios-11-battery-life-saving-tips/